Saturday, 19 March 2016

Assalamualaikum
Hari ini kami diminta untuk berkongsi tentang minat masing-masing di blog. Saya minat muzik. Muzik ini sudah lazim kepada semua orang. Muzik ini hiburan, semua orang suka. Di mana-mana saja ada muzik, di radio, shopping kompleks, dalam kepala masing-masing, bunyi burung bersiul pun muzik. Saya sangat kagum dengan orang yang berkebolehan untuk menulis/kompose lagu. Ada la sedikit minat ke arah itu tapi takpalah, bakat tiada. Muzik dan lagu adalah sastera. Orang sastera ni fikirannya jauh, maksud buah fikirannya pun mendalam. Saya suka menghayati. lebih-lebih lagi kalau lagu yang saya tak faham langsung maksudnya sebab deep sangat.
 
Selalunya saya dengar lagu dengan earphone. Bila tutup mata, boleh rasa muzik tu dalam kepala dan rasa kat dunia lain. rasa tengah shooting music video. muzik boleh bawa awak ke dunia lain, di mana awak hidup di dalam itu. Lagu-lagu yang saya dengar kadang-kadang kebetulan sama dengan jalan cerita hidup. Jadi saya akan dengar lagu yang biasanya apa yang saya rasa. Bila sedih, saya ada lagu yang tersendiri yang saya suka dengar,  membuatkan saya lagi sedih sebenarnya, tapi bagi saya itu cara terbaik untuk melepaskan kesedihan. Bila happy, saya dengar apa sahaja lagu yang saya suka, kecuali lagu sedih.

Muzik ni orang kata sia-sia. Ya saya akui memang sia-sia jika kita hanya mendengarinya tanpa mempelajari sesuatu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Saya kebanyakannya dengar lagu bahasa inggeris, dengain itu, saya mempelajari banyak kosa kota-kosa kata yang best. kemudian saya apply dalam esei. Waktu study, saya selalu pasang muzik, bila saya tak pasang saya perasan kreativiti saya kurang. Betul, tak tipu. Saya ada juga terbaca yang muzik ini juga membuatkan otak kita berjalan. Jadi muzik ni bukan sebarang subjek untuk suka-suka atau hiburan, boleh mendapat manfaat darinya.


starter pack ^

ok, goodbye.